Tentang diri kamu...

by 6:58 PTG 1 DiaLoG
Assalamualaikum( aku akan terasa mahu menulis perkataan ini sebanyknya, mungkin disebabkan aku jarang menulis di blog kebelakangan ini)

Ya tu dia, sepertimana tajuk post kali ini, ia merupakan satu pandangan perspektif diriku, apabila melihat suasana sekeliling.

Siapa diri kita? kadang2 pernahkah kalian pembaca merasakan yang anda tidak benar-benar menjadi diri sendiri, atau lain kata, anda menjadi diri anda yang tidak sepatutnya... (hah? - tiba-tiba aku terpanik dengan apa yang aku tulis... adakah!?)

 SILA BACA DARI SINI 
Baiklah, apa yang ingin diperkatakan adalah, kadang-kadang kita sering berasa pelik dan sebagainya, kosong dan kurang terurus dengan masa yang ada. mungkin disaat ini anda mengalami stress atau kebosanan. entahlah... tetapi apa yang saya cuba kepilkan disini adalah sesuatu yang mungkin, patut kita soalkan pada diri kita sendiri.

adakah anda diri anda disaat ini?

ketika masuk waktu untuk solat, anda mendengarnya... soalannya, adakah anda... diri anda kepada Allah yang maha esa?
kesannya :- jika anda mengabaikan diri anda sebagai hamba Allah swt saat itu, diakhirat nanti barulah anda menjadi diri anda sebagai habuan neraka yang sebenarnya...
jika anda mengendalikan masa solat dengan baik, maka anda layak dikatakan diri anda sebagai hamba kepada Allah swt.

atau anda fikirkanlah, pilih bagaimana diri anda yang anda mahukan, sebagai diri yang bakal celaka dunia akhirat, sebagai diri anda yang berdosa atau sebagainya.

fikirkan.
sebenarnya... anda yang memilih diri anda untuk menjadi bagaimana.

Awenism

Developer

CGartist, motion grapher, animator, Love Sketching, Photography, gunpla, loves Coffe, Tea, Nasi Lemak | above all, im just passing by Muslim.

1 ulasan: